Cari @ Amanz

Negara-negara ahli Kesatuan Eropah (E.U) bersetuju untuk mengharamkan penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol dan diesel menjelang 2035. Ini adalah bagi mencapai sasaran mengurangkan pelepasan gas ke atmosfera sebanyak 55% menjelang 2030.

Tindakan EU ini tidak mengejutkan kerana beberapa negara ahli seperti Jerman dan Norway telahpun mengumumkan sasaran yang sama sejak beberapa tahun yang lalu. Pengurangan pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera ialah kunci untuk memperlahankan proses perubahan iklan yang impaknya semakin ketara.

Pemanasan global telah menyebabkan pengurangan lebih 1 bilion populasi ketam Alaska sehingga menyebabkan musim penangkapan tahun ini dibatalkan buat pertama kali dalam sejarah. Sementara itu penguin maharaja kini diklasifikasikan sebagai diancam kepupusan kerana pengurangan ais di Antartika.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd