Stesen Angkasa Tiangong Kini Lengkap Dengan Pemasangan Modul Makmal Wengtian
November 1, 2022
Aeronautik
Effi Saharudin
Stesen angkasa Tiangong kini mempunyai tiga modul lengkap selepas modul makmal Wengtian yang dilancarkan semalam berjaya berlabuh dengan modul Wentian dan Tianhe yang dilancarkan sebelum ini. Tiangong ialah stesen angkasa terbesar pernah dibina oleh China setakat ini.

Kerana dihalang menyertai Stese Angkasa Antarabangsa (ISS), China membina stesen angkasa sendiri menggunakan teknologi yang berasaskan stesen angkasa Rusia. Apabila pemasangan stesen angkasa ini lengkap sepenuhnya, ia akan berbentuk huruf T dengan ia akan mempunyai ruang mencukupi untuk tiga orang angkasawan.
[sumber] Sumber – Xinhua [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.