Pelanggan Unifi Mobile Boleh Menggunakan Rangkaian 5G Hari Ini
Effi Saharudin
Era 5G di Malaysia akhirnya bermula selepas ditangguh beberapa kali akibat pandemik. Dengan majoriti syarikat telekomunikasi bersetuju menyertai inisiatif 5G DNB, TM hari ini mengumumkan pelanggan Unifi Mobile kini boleh menggunakan rangkaian 5G. Ia hadir selepas TM mengumumkan beberapa pelan 5G mereka semalam.

Ini adalah fasa pertama rangkaian 5G di Malaysia dengan ia boleh digunakan tanpa had oleh pelanggan pascabayar Unifi Mobile sedia ada, serta pelanggan Pascabayar dan Prabayar baharu. Dengan 5G kini meliputi lebih daripada 33% kawasan berpenduduk di Malaysia, fasa pertama
ini adalah penting untuk TM meluaskan capaiannya dan memberi peluang menawarkan
perkhidmatan konvergensnya yang kini dinikmati oleh 3 juta pelanggan kediaman dan hampir
400,000 PMKS.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.