Carian
Logo Apple Berlampu Mungkin Dikembalikan Ke MacBook
November 1, 2022 Fahim Zahar

Antara perkara ikonik pada MacBook suatu ketika dahulu adalah pengecasan magnetik MagSafe dan logo Apple berlampu. Selepas bertahun dibuang ia dikembalikan pada iPhone dan MacBook generasi baharu dan kini logo berlampu mungkin turut akan dikembalikan.

Kini menurut Patently Apple, Apple mungkin akan mengembalikan logo Apple berlampu pada MacBook. Melalui paten yang dianugerahkan kepada Apple pada bulan Mei lalu, Electronic Devices With Backlit Partial Mirror Structures yang mencadangkan sebuah peranti Apple seperti laptop atau peranti lain akan ada logo di panel belakang yang ada kesan pantulan seakan cermin.

Logo ini turut akan menggunakan bahan semi lutsinar untuk membenarkan cahaya lampu ditembusi. Bahan pada logo ini turut akan mempunyai pelbagai lapisan filem yang boleh memantulkan cahaya dan akan mempunyai warna kelabu cair atau keemasan.

Apple MacBook Pro M2 16″ dan 14″ ditangguhkan ke Mac 2023, mungkin pada tahun hadapan kita akan lihat kembalinya logo berlampu ini? Apa kata anda, adakah anda merindui dan inginkan kembalinya logo ini?

Komen