Cari @ Amanz

iPhone SE 4 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024 nanti dengan rekaan yang dikatakan mirip iPhone XR. iPhone SE baharu ini mungkin akan menggunakan FaceID pada takuk atau TouchID pada butang kuasa seakan iPad.

Penganalisa Apple yang terkenal iaitu Ross Young mendedahkan yang Apple masih tidak pasti ingin kekal menggunakan skrin LCD atau OLED untuk iPhone SE 4. Jika OLED, ia mungkin akan bersaiz 5.7-inci dan jika LCD pula adalah 6.1-inci.

Apple masih dalam perbincangan bersama pembekal mereka mengenai penggunaan panel skrin peranti ini. Setakat ini, iPhone paling mampu milik dengan skrin OLED adalah iPhone 12 64GB atau iPhone 13 Mini 128GB dengan harga jualan RM3,199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd