Cari @ Amanz

Apple iPhone SE pertama kali dilancarkan pada tahun 2016 dengan rekaan seakan iPhone 5/5s. Ia kemudiannya dikembalikan pada tahun 2020 dan 2022 yang menggunakan rekaan iPhone 8. Kedua-kedua iPhone SE ini turut masih menggunakan Touch ID.

Jon Prosser baru-baru ini mendakwa, iPhone SE generasi baharu akan menggunakan rekaan iPhone XR yang dilaporkan sebelum ini adalah rekaan untuk iPhone SE 2022. Ini bermakna, iPhone SE 4 nanti tidak akan ada bezel tebal (dahi dan dagu) sebaliknya menggunakan skrin 6.1-inci dengan takuk.

Walaupun begitu, masih tidak pasti jika ia akan menyokong Face ID kerana dikhabarkan ada kemungkinan Touch ID akan kekal digunakan melalui butang kuasa di sisi. Prosser turut menyatakan yang Apple mungkin akan menawarkan pilihan warna Midnight, Starlight dan Product RED.

Kamera dilihat masih dengan satu sensor, cip masih tidak diketahui, tetapi dikatakan iPhone SE 4 ini akan dilancarkan pada tahun 2024 nanti. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd