Cari @ Amanz

Twitter Blue adalah antara perkhidmatan langganan Twitter yang paling menarik pernah saya gunakan. Walaupun ia tidak rasmi di Malaysia lagi, saya berpeluang menggunakannya. Antara ciri menarik adalah Edit Tweet, ubah ikon navigasi dan tema, akses ke podsiar, dan paling saya gemari membaca artikel bebas iklan.

Terkini, menurut 9to5Mac Twitter akan menghentikan sokongan artikel bebas iklan pada Twitter Blue. Sokongan ini digunakan oleh lebih 300 laman web di Amerika Syarikat seperti The Verge, Insider, Polygon, 9to5Google dan banyak lagi.

Sebelum ini, Twitter akan membayar setiap laman web yang terlibat sama dengan anggaran keuntungan iklan dari seorang pembaca. Kini mereka yang terlibat menerima notis satu hari mengenai ciri ini dihentikan.

Antara sebab ciri ini dihentikan menurut Twitter adalah, mereka ingin fokus kepada ciri lebih baik lain untuk para pelanggan Twitter Blue. Twitter turut menasihati setiap laman web untuk membuang kod-kod integrasi Twitter Blue pada laman web masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd