DJI kini menambah satu lagi variasi penawaran dron mereka dibawah keluarga Mavic 3, dinamakan sebagai DJI Mavic 3 Classic.

DJI Mavic 3 Classic hadir dengan kamera utama 20-megapixel dengan lensa 4/3 CMOS – sama seperti pada dron Mavic 3 sebelum ini. Cuma membezakannya, ia tidak menyertakan lensa telefoto tambahan sebelum ini.
Ia turut menawarkan kemampuan rakaman video pada resolusi mencapai 5.1k, termasuk rakaman gerak-perlahan pada resolusi 4K. Dron ini menawarkan masa penerbangan maksimum sehingga 46 minit.
Ciri baharu lain termasuk pengawalan, mengelak halangan, mengenal-pasti subjek dan sebagainya turut disertakan pada dron DJI Mavic 3 Classic.
Di Malaysia, DJI Mavic 3 Classic yang hadir bersama DJI RC (alat kawalan jauh) ditawarkan pada harga RM7579.