Cari @ Amanz

Android mempunyai jutaan aplikasi dan lebih penting sekali permua popular dengan jumlahnya melebihi gabungan pengguna konsol dan PC. Oleh itu Google Play Game untuk PC mula ditawarkan dalam versi Beta kepada pengguna di Korea, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Australia pada Ogos lalu.

Hari ini ia dikembangkan pula kepada pengguna di Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Filipina and Singapura. Permua Android seperti 1945 Air Force, Blade Idle, Cookie Run: Kingdom, dan Evony: The King’s Return serta beberapa dozen lagi boleh dimainkan di PC menggunakan pelancar tersendiri.

Untuk menggunakan ciri Beta ini hari ini anda memerlukan PC dengan spesifikasi minima di bawah.

  • Sistem Operasi : Windows 10 (v2004)
  • Pemproses : CPU 4 Teras
  • Kad Grafik : Intel UHD Graphics 630 GPU
  • Memori : 8 GB of RAM
  • Storan :  10 GB SSD
  • Akaun Windows admin
  • Hardware virtualization diaktifkan.

Untuk memuat turun Google Play Games PC Beta sila ke pautan ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd