Carian
Huawei Mate Xs 2 Turut Akan Menyokong Komunikasi Kecemasan Menggunakan Satelit
November 3, 2022 Effi Saharudin

Setakat ini hanya siri Huawei Mate 50 dan iPhone 14 mempunyai kemampuan melakukan komunikasi kecemasan menggunakan satelit. Cir masih lagi agak terhad ke pasaran tertentu sahaja kerana kos yang agak tinggi. Huawei akan mengembangkan lagi ciri ini pada Mate Xs 2 selepas berkongsi video acah mengenainya menerusi laman Weibo.

Seperti pada siri Mate 50, Mate Xs 2 yang dilancarkan awal tahun ini turut akan dapat menghantar mesej kecemasan menggunakan satelit. Buat masa ini ia terhad kepada pengguna di China sahaja menerusi rangkaian satelit Beidou dengan Huawei akan memperkenalkan ciri panggilan telefon kecemasan pula di masa hadapan. Maklumat lebih lanjut mengenai ciri komunikasi satelit akan dikongsi pada 5 November pada acara Huawei Developer Conference.

Komen