Microsoft Ingin Menawarkan PC Bajet Rendah Windows 365 Dengan Iklan
Fahim Zahar
Windows 365 adalah sistem operasi baharu Microsoft yang boleh distrik secara atas talian. Bermakna, spesifikasi komputer tidak perlu begitu tinggi kerana yang paling penting adalah akses kepada Internet. Langganan kepada Windows 365 bermula serendah RM84 sebulan.

Dalam senarai mencari kerja Microsoft yang ditemui oleh ZDNet, Microsoft dilihat sedang mencari pengurus jurutera perisian utama yang akan ditugaskan untuk strategi pemasaran baharu untuk Windows, pembangunan komputer bajet rendah melalui program langganan dengan iklan, serta penawaran perkakasan awanan untuk kerja dan gaya hidup.

Microsoft turut menyebut penglibatan dengan Windows 365, memberi cadangan yang mereka berhasrat ingin hadir dengan komputer mampu milik yang menjalankan Windows 365 dengan iklan. Akan datang, besar kemungkinan – kita boleh lihat kehadiran komputer dekstop atau laptop yang memfokuskan awanan sepenuhnya dan dijual melalui langganan pada harga mampu.
Sama-sama kita nantikan.