Patreon Video Dilancarkan Bagi Menawarkan Perkhidmatan Hos Video Natif

Diterbitkan pada Nov 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Patreon berkongsi mereka akan menawarkan perkhidmatan menjadi hos kandungan video secara natif. Dengan ciri ini pengguna tidak lagi perlu meletakkan video di YouTube atau Vimeo untuk kandungan eksklusif. Hari ini akhirnya Patreon Video diumumkan sebagai perkhidmatan hos video natif mereka.

Menerusi perkhidmatan ini, pengguna akaun Pro dan Premium akan diberikan ruang simpanan sehingga 500 jam dengan ia boleh digunakan sehingga penghujung 2023. Selepas tarikh tersebut Patreon akan akhirnya mengumumkan yuran perkhidmatan hos video yang ditawarkan. Selain memuat naik video pada resolusi HD, terdapat ciri Preview yang membenarkan klip pendek ditonton oleh pengguna yang boleh memberikan sokongan.

Dengan ciri Patreon Video ini, Patreon berharap proses berkongsi video secara eksklusif atau lebih awal dapat dilakukan terus oleh penghasil kandungan lebih mudah dan tanpa pengiklanan.

komen


© Amanz / 2022 Kami