Xpeng Berjaya Melakukan Ujian Kereta Terbang Pertama

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xpeng ingin menghasilkan kereta terbang sebenar di mana sebuah kereta beroda empat boleh terbang menegak. Majoriti kereta terbang yang diperlihatkan setakat ini hanyalah kenderaan dengan sistem kipas tanpa roda untuk ia bergerak di permukaan jalan raya. Mereka kini telah memperlihatkan rekaan kereta terbang pertama Xpeng AeroHT X3 dan turut berjaya melakukan ujian penerbang pertama.

Xpeng AeroHT X3 ialah kereta dengan empat roda dan empat pintu. Pada bahagian bumbung terdapat sistem kipas yang apabila dibuka mempunyai lapan motor elektrik dan lapan pasang kipas. Sistem kipas akan memberikan tujahan menegak untuk X3 terbang apabila diperlukan.

Dalam ujian pertama prototaip X3 terbang sehingga ketinggian 10 meter, terapung selama 30 saat, melakukan pusingan sebelum kembali mendarat. Kerana ini ialah sekadar ujian, sistem kipas yang digunakan adalah dari jenis kekal tanpa mekanisme boleh dilipat.

Beberapa minggu yang lalu Xpeng AeroHT X2 berjaya melakukan ujian penerbangan pertama di Dubai. Teksi terbang ini mempunyai ruang untuk dua orang penumpang dengan ia menyasarkan operasi seawal 2024.

komen


© Amanz / 2022 Kami