Nokia 2780 Flip Ialah Sebuah Lagi Peranti Lipat Rekaan Klasik

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum wujudnya RAZR 2022, Pocket S dan Z Flip4, telefon mudah alih sudah lama menggunakan rekaan tubuh yang boleh dilipat. Dengan rekaan ini kembali popular, Nokia 2780 Flip telah diumumkan dengan rekaan klasik yang popular di awal 2000.

Peranti dilengkapi skrin 2.7″ TFT di bahagian dalam dan 1.77″ di bahagian luar yang dipadankan cip Qualcomm 215, memori 512MB RAM, storan 4GB dan bateri 1450 mAh yang boleh ditanggalkan. Menerusi modem X5 2780 Flip boleh menikmati rangkaian 4G dengan sokongan VoLTE. Sistem operasi yang digunakan pula ialah KaiOS.

Rekaan 2780 Flip sama dengan Nokia 2760 Flip yang dilancarkan Januari lalu. Beza hanyalah 2780 Flip mempunyai sokongan radio FM terbina. Nokia 2780 Flip dijual pada harga $90 (~RM427) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami