Freetone Ialah Buku Warna Alternatif Percuma Untuk Pantone Pada Produk Adobe

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pantone tidak akan lagi menawarkan buku warna secara percuma pada Adobe Photoshop, InDesign dan Illustrator. Pengguna yang masih ingin mengakses ribuan buku warna Pantone kini perlu melanggan secara bulanan menerusi pemalam Adobe. Stuart Semple seorang artis dari UK kini menawarkan buku warna Freetone secara percuma dan sumber terbuku.

Semple ingin membebaskan warna yang selama ini boleh digunakan percuma kepada semua. Beliu sebelum ini mula dikenali dalam dunia seni kerana menawarkan warna The Blackest Black sebagai alternatif Vantablack yang hak penggunaannya dibeli oleh artis Anish Kapoor.

Freetone mempunyai 1280 warna kesemuanya dan boleh dimuat turun menerusi laman peribadi Stuart Sample.

komen


© Amanz / 2022 Kami