Carian
Siri Realme 10 Akan Dilancarkan Di China Pada 17 November
November 7, 2022 Amy Maizuraa

Setelah sekian lama menjadi spekulasi sejak dilihat tular di arena web, Realme kini mula mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk rangkaian telefon pintar baharunya. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme 10 5G dan Realme 10 Pro yang dijadualkan berlangsung di China pada 17 November 2022. Pun begitu, masih terdapat juga variasi Realme 10 4G versi global yang akan diperkenalkan di Indonesia pada 9 November ini.

Beberapa imej dan video promosi acah telah mengesahkan penggunaan skrin melengkung pada kedua-dua sisi dengan rekaan berlubang di bahagian tengah. Turut disertakan adalah butang kuasa dan laras audio dengan kemasan seakan menyerupai aluminium pada sisi kanan. Sementara itu, port sambungan USB-C, ruang slot SIM dan pembesar suara pula diletakkan pada sisi bawah peranti.

Menurut Realme, peranti kali ini dipercayai akan memberi pengalaman lebih baik dari pelabagai aspek temasuklah tektur, rupa dan penggunaannya kelak. Tiada spesifikasi yang didedahkan setakat ini, namun variasi pro dipercayai hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1080.

Komen