Cari @ Amanz

Baru sahaja beberapa jam tadi imej pengolokan dari pelbagai arah untuk Xiaomi 13 Pro telah tertiris menerusi ciapan OnLeaks. Kemas kini baharu menerusi pemilik twitter yang sama kali ini menunjukkan giliran rekaan Xiaomi 13 pula.

Berbeza dengan variasi pro, peranti ini menggunakan tubuh berkotak dengan padanan skrin sejenis rata. Saiz skrin dijangka sebesar 6.2-inci dengan rekaan berlubang di bahagian tengah untuk peletakan kamera hadapan tunggal. Turut disertakan adalah kerangka sisi daripada binaan menyerupai aluminium yang turut menempatkan butang kuasa dan laras suara pada bahagian kanan. Kemudiannya diikuti dengan port USB-C dan pembesar suara pula pada bahagian sisi bawah.

Panel belakang menunjukkan penggunaan sistem tri-kamera utama yang diletakkan dalam modul kamera berbentuk segi empat. Sususan kamera adalah sama seumpama variasi pro tetapi salah satu daripada sensor berkenaan bersaiz agak kecil. Turut melengkapinya adalah LED Flash berbentuk memanjang yang diletakkan dalam modul kamera yang sama.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran khusus yang diketahui setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd