Asus ROG Phone 6D | 6D Ultimate Kini Di Malaysia – Peranti Gaming Dimensity 9000+ Pada Harga Bermula RM3,499

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Asus ROG Phone 6D diperkenalkan pada bulan September lepas, sebagai satu alternatif kepada Asus ROG Phone 6. Model baharu ini menggunakan cip pemprosesan peranti mercu baharu iaitu MediaTek Dimensity 9000+ dengan GPU Mali-G710.

Tiada perubahan pada spesifikasi lain seperti skrin, kamera atau bateri. Perubahan lain hanyalah pada AeroActive Portal yang kini berada di lokasi lebih baik untuk digunakan bersama AeroActive Cooler 6 untuk mengalirkan haba dengan baik yang menjanjikan 20% lebih bagus berbanding sebelum. Siri Asus ROG Phone 6D kini memasuki pasaran Malaysia.

Asus ROG Phone 6D hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ (2448 x 1080) dengan kadar segar semula 165Hz yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus. Ia dijana dengan cip Dimensity 9000+ dengan memori LPDDR5X 12GB RAM serta storan dalaman UFS3.1 256GB. Untuk kamera ia menggunakan sensor utama Sony IMX766 50MP, sensor sudut ultra-lebar 13MP dan sensor makro 5MP. Kamera swafoto pula adalah 12MP.

Kamera menyokong rakaman video 8K UHD 24fps, OIS 3-paksi dan rakaman HDR10+. Peranti turut menyokong WiFi 6E, Bluetooth 5.2, dan NFC. Peranti ini kekal menggunakan sistem audio stereo simetri Dirac HD Sound dengan 5-magnet Cirrus Logic untuk menjadikannya lebih kuat dan lantang. Ia turut mempunyai port bicu audio 3.5mm Hi-Res Audio 192 kHz / 24-bit. tiga mikrofon turut disediakan dengan teknologi ASUS Noise Reduction.

Asus ROG Phone 6D turut hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin, sensor ultrasonik AirTrigger 6 dengan grip press sebagai butang bahu kapasitif untuk kawalan permainan video dan bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas PD 65W. Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 12.

Untuk Asus ROG Phone 6D Ultimate, ia hadir dengan rekaan dan spesifikasi sama – kecuali pada memori iaitu LPDDR5X 16GB RAM dan storan dalaman UFS3.1 512GB dan panel belakang dengan panel PMOLED untuk paparan notifikasi serta pengecasan.

Di Malaysia, Asus ROG Phone 6D dan 6D Ultimate hanya ditawarkan dengan pilihan warna Space Grey. Harga jualan Asus ROG Phone 6D adalah RM3,499 dan untuk Asus ROG Phone 6D Ultimate pada harga RM4,999 dengan AeroCooler 6 disertakan.

Jualan akan bermula pada 9 November. Sempena pelancaran, ROG Phone 6D boleh didapatkan pada harga RM3,199 dari 9-30 November.

komen


© Amanz / 2022 Kami