GPU NVIDIA A800 Dilancarkan Untuk Pasaran China Dengan Prestasi Dihadkan

Diterbitkan pada Nov 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua bulan lalu Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengeluarkan arahan kepada NVIDIA dan AMD untuk tidak lagi menjual cip kecerdasan buatan kepada syarikat China. Ini adalah bagi mengelakkan teknologi disalahgunakan bagi tujuan menghasilkan teknologi ketenteraan. Kedua-dua syarikat akur dengan arahan ini tetapi hari ini NVIDIA menawarkan pula GPU NVIDIA A800 khusus untuk pasaran China.

NVIDIA A100

NVIDIA A800 boleh digunakan sebagai pengganti kepada NVIDIA A100 cuma ia memenuhi semua keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan AS dengan ia tidak boleh diprogramkan semula untuk melepasi had yang ditetapkan. Spesifikasi lengkap A800 yang dikongsi hanya menunjukkan pengurangan pada kelajuan sambungan NVLink daripada 600GB/s ke 400 GB/s.

Setakat ini NVIDIA A100 telah digunakan oleh superkomputer Perlmutter yang merupakan yang terpantas dalam kemampuan kecerdasan buatan dan juga HPC di University of Nottingham Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami