Mark Zuckerberg Mengesahkan Meta Akan Mengurangkan Jumlah Kakitangan Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta akan memulakan proses pengurangan tenaga kerja mereka bermula hari ini. Ia disahkan sendiri oleh Mark Zuckerberg di dalam pertemuan dengan eksekutif syarikat menurut laporan WSJ. Dalam pertemuan tersebut Zuckerberg mengaku melakukan kesalahan dalam meramalkan pengembangan syarikat menyebabkan terlalu banyak kakitangan diambil.

Mark Zuckerberg

Tindakan mengurangkan tenaga kerja dilakukan berikutan pendapatan yang terjejas, nilai saham syarikat yang menjunam dan kos operasi yang meningkat. Ribuan pekerja Meta daripada 87,000 kakitangan sedia dipercayai akan dibuang kerja. Mereka akan menerima pampasan empat bulan gaji. Bahagian yang terjejas ialah pengambilan tenaga kerja dan pengiklanan.

Dengan dunia kini bersedia untuk menghadapi kemelesetan, syarikat teknologi utama telah mula membukakan pengambilan pekerja baharu. Intel dan Twitter adalah dua syarikat terkemuka yang juga sudah mengurangkan jumlah tenaga kerja setakat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami