Amazfit Falcon Kini Di Malaysia Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada Nov 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jam tangan tahan lasak Amazfit Falcon dengan rekaan yang lebih premium dilancarkan bulan lalu. Ia adalah model paling tahan lasak dari Amazfit kerana tubuh diperbuat daripada titanium, kaca nilam dan bateri sehingga 30 hari. Minggu ini Amazfit Falcom akhirnya ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1999 sepasang. Pembeli turut akan menerima penjejak kesihatan Amazfit Bip U Pro percuma dengan setiap pembelian.

Tubuh Falcon diperbuat daripada titanium dengan kaca pula dari nilam yang amat tahan lasak. Empat butang kawalan pada sisi tubuh juga diperbuat daripada titanium sementara tali pula dari bahan silikon cecair.

Skrin 1.28″ AMOLED yang digunakan boleh mencapai keterangan 1000 nits. Bateri 500 mAh pula membolehkan ia beroperasi sehingga 14 hari dalam mod jam tangan pintar atau 30 hari dalam mod penjimatan kuasa. Menerusi GPS dwi jalur, kedudukan pengguna dapat dijejak dengan lebih tepat ketika melakukan aktiviti di luar.

Jam melepasi 15 ujian piawaian ketenteraan seperti berfungsi pada suhu -40 darjah Celsius, tahan panas sehingga 70 darjah Celsius dan boleh dibawa menyelam sehingga 200 meter. Seperti T-Rex, Falcon mempunyai kemampuan menjejak nadi, tidur, ratusan aktiviti sukan, kuasa tubuh, oksigen dalam darah dan banyak lagi.

Sumber – Amazfit Facebook dan LowYat.Net

komen


© Amanz / 2022 Kami