Cari @ Amanz

LumaFusion adalah aplikasi suntingan video popular yang dibangunkan khusus untuk pengguna iPad. Atas permintaan tinggi, aplikasi ini kemudiannya dikemaskini untuk digunakan pada iPhone dan juga MacBook dengan cip Apple siri-M.

Februari lalu, semasa pelancaran Samsung Galaxy Tab S8 – LumaFusion mendedahkan yang aplikasi suntingan video mereka ini turut akan tiba untuk peranti Android. Kemudian mereka mendedahkan yang aplikasi ini hanya akan sedia digunakan seawal tahun 2023.

Kini, pengguna Android dan Chrome OS sudah boleh mencuba LumaFusion: Pro Video Editing melalui akses awal di Play Store. Harga aplikasi ini adalah RM94.99, lebih murah berbanding iOS yang berharga RM144.90. Harga yang ditawarkan ini adalah 30% lebih murah berbanding versi stabil yang akan dilancarkan nanti. Jika mereka yang berminat beli sekarang, tiada caj tambahan akan dikenakan nanti.

LumaFusion turut memperlihatkan demonstrasi pada ChromeBook dengan cip Intel, ia dilihat beroperasi dengan lancar. Aplikasi suntingan video ini turut dikenali sebagai Final Cut Pro untuk peranti mudah alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd