YouTube Premium Dan YouTube Music Kini Mempunyai Lebih 80 Juta Pelanggan

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah tiga tahun sejak YouTube Premium dan YouTube Music ditawarkan di Malaysia. Sudah tiga tahun juga saya tidak menyaksikan iklan pada YouTube. Ia adalah satu pengalaman penggunaan yang sangat memuaskan, akhirnya saya dapat tonton video kegemaran tanpa gangguan.

YouTube kini memaklumkan yang pelanggan YouTube Premium dan YouTube Music telah pun mencapai lebih 80 juta. 30 juta kenaikan sejak September tahun 2021. Menurut naib presiden produk di YouTube, Adam Smith – mereka mendahulukan pelanggan berbayar untuk pengalaman penggunaan terbaik tanpa gangguan dan ia menjadi faktor peningkatan jumlah pelanggan ini.

Melalui langganan premium YouTube ini, mereka turut berjaya menyumbang sebanyak $6 juta kepada industri muzik. 30% daripada kutipan ini adalah daripada kandungan yang dihasilkan oleh pelanggan mereka sendiri.

Adakah anda sudah melanggan YouTube Premium atau masih sanggup bertahan dengan iklan yang semakin mencanak?

komen


© Amanz / 2023 Kami