WhatsApp Kelak Boleh Membisukan Kumpulan Yang Besar Secara Automatik

Diterbitkan pada Nov 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sokongan peserta dalam sesebuah WhatsApp Group kini telah diperluaskan sehingga 1024 orang. Ini bukan sahaja membolehkan kumpulan yang lebih besar boleh dibentuk oleh para pengguna, malahan pelbagai pendapat, informasi dan pengetahuan turut boleh dikongsi sesama peserta.

Dalam hal ini memang tidak dapat dinafikan apabila kita berada dalam sesebuah kumpulan yang ramai peserta, sudah pasti mesej yang diterima adalah lebih daripada yang sepatutnya. Keadaan ini juga boleh menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak. Tetapi kemas kini baharu WhatsApp kelak dapat menyelesaikan perkara ini.

Di mana, WhatsApp akan hadir dengan ciri membisukan mana-mana kumpulan dengan kuantiti peserta yang besar secara automatik. Tangkap layar dikongsi menunjukkan satu pemberitahuan akan diberikan untuk mana-mana kumpulan dengan kapasiti 256 orang dan ke atas yang memaklumkan ia akan dibisukan secara automatik bagi tujuan mengurangkan penerimaan notifikasi.

Pengguna bagaimanapun masih diberi pilihan untuk menerima notifikasi seperti biasa sekiranya mahu dengan menekan butang ‘unmute’ yang disediakan. Buat masa ini, ciri ini hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna beta versi beta Android sahaja terlebih dahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami