Teknologi kamera Leica telah digunakan pada peranti keluaran Huawei, Xiaomi dan Sharp. Tahun lalu peranti Leica Leitz Phone turut dilancarkan dengan lensa Leica. Hari ini Leica Leitz Phone 2 telah diumumkan hari ini dengan ia mengekalkan pengguna sensor sebesar 1-inci.
Leica Leitz Phone 2 turut dilengkapi skrin 6.6″ WUXGA+ IGZO Pro OLED 240Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Ini dipadankan pula dengan lensa sudut lebar 47.2MP 1-inci dan sensor kedalaman 1.9MP. Di hadapan pula kamera sebesar 12.6MP digunakan. Sungguhpun ia adalah peranti baharu, Leitz Phone 2 masih menggunakan Android 12.
Walaupun peranti ini dikeluarkan oleh Leica, tiada penjenamaan Leica digunakan. Sebaliknya logo Leitz digunakan di belakang dan juga pada lensa. Pasti ada yang menyedari spesifikasi peranti ini sama dengan Sharp Aquos R7 yang dilancarkan pada Mei yang lalu. Pada waktu ini Leica Leitz Phone 2 akan hanya ditawarkan di Jepun pad harga 225,360 Yen (~RM7231) sebuah.