Cip ISP Vivo V2 Diumumkan Dengan Peningkatan Kemampuan Fotografi

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo mengumumkan cip Vivo V2 yang merupakan ISP generasi ketiga keluaran mereka yang memberikan peningkatan kepada kemampuan fotografi peranti yang menggunakannya. Ia direka untuk serasi digunakan bersama cip MediaTek yang terkini. Langkah Vivo ini sama seperti yang dilakukan oleh Oppo pada cip MariSiliconX.

Dari segi prestasi, V2 akan mengurangkan sela masa antara tangkapan gambar ke 30ms. Dengan ini aksi sukan pantas boleh diambil dengan hasil imej yang tajam. Teknologi Ultra Zoom EIS pula menggabungkan pelbagai sensor kamera secara serentak untuk menangkap gambar berkualiti tinggi pada tetapan zum yang tinggi.

Menerusi NPU terbina pula, kemampuan kecerdasan buatan mencecah 16.3 TOPs juga boleh dinikmati. Ini digunakan untuk melakukan pasca proses pada gambar dan untuk kamera melakukan tetapan paling baik sebelum gambar diambil. ISP Vivo V2 akan digunakan pada peranti Vivo X90 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami