Speaker Mudah Alih Devialet Mania Berharga Bermula RM4490 Di Malaysia

Diterbitkan pada Nov 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Devialet Mania adalah sebuah pembesar suara mudah alih baharu dengan rekaan unik. Mengapa? Ini disebabkan oleh rekaannya yang bertemakan barang daripada dunia sains fiksyen dengan beberapa pilihan warna seperti Black, Grey dan Opera.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan di Malaysia pada harga jualan bermula RM4,490 untuk variasi tanpa sokongan dermaga pengecas. Kemudiannya ia meningkat kepada RM5,490 untuk variasi warna Opera yang disertakan sekali dengan dermaga pengecas. Sebagai tambahan, dermaga pengecas turut boleh dibeli secara berasingan pada RM449. Sesi pratempah telah dibuka sekarang.

Pembesar suara mudah alih ini dilengkapi dengan empat pemacu audio dan dua sub-wooder dengan kebolehan audio 360 darjah. Ia dikatakan boleh mengubah profil audio berdasarkan posisi pembesar suara itu sendiri diletakkan. Misalnya, jika diletakkan secara rapat ke dinding dua pemacu belakang boleh menguatkan dua lagi pemacu audio di hadapan sekaligus membolehkan audio lebih baik terhasil.

Turut disertakan adalah sistem Speaker Active Matching (SAM) yang boleh mengadaptasi isyarat audio untuk pengalaman lebih baik. Sementara itu sistem Cross Stereo Architecture pula boleh memastikan audio stereo sentiasa boleh dicapai tidak kira di mana pembesar suara ini diletakkan.

Pembesar suara ini turut memuatkan sokongan WiFi dan Bluetooth yang boleh digunakan melalui Spotify Connect. Pelindungan kalis air IPX4 dan sokongan port USB-C juga boleh ditemui padanya. Cumanya tiada sokongan untuk Alexa yang disediakan untuk variasi di pasaran Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami