Cari @ Amanz

IBM mengumumkan cip kuantum Osprey dengan kuasa pemprosesan 422 qubits yang menjadikannya yang paling berkuasa pernah dihasilkan. Ia jauh di hadapan cip IBM Eagle yang diumumkan tahun lalu dengan 127 qubits dan lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelumnya Xanadu Borealis dengan 216 qubits.

Pada tahun hadapan IBM ingin meningkatkan lagi kuasa dengan melancarkan Condor dengan 1121 qubits. Turut dalam perancangan jangka pendek IBM ialah Hero yang merupakan cip modular yang boleh digabungkan untuk meningkatkan kuasa pemprosesan mengikut keperluan.

Kemudian menjelang 2023 pula IBM Quantum System Two pula akan diumumkan ia akan menjadi asas kepada sistem rangkaian komputer kuantum Kookaboora dengan kemampuan memproses mencecah 4158 qubits menjelang 2025

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd