Meta Menghentikan Pembangunan Projek Paparan Pintar Portal Dan Jam Pintar

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. oleh .

Selepas memecat sekitar 11 ribu orang pekerja baru-baru ini, Meta telah mengumumkan bahawa mereka juga akan menghentikan pembangunakn projek-projek paparan dan juga jam pintar mereka, Portal.

Peranti-peranti Portal dibangunkan oleh Meta sejak bermulanya era pandemik, tetapi sayangnya ia tidak menerima sambutan sebaik produk-produk syarikat seperti Google dan Amazon.

Meta kemudiannya mengubah corak jualan peranti-peranti ini untuk dijual kepada syarikat-syarikat sahaja, dan kini nampaknya telah menghentikan terus pembangunan jenama tersebut.

Meta yang juga sepatutnya membangunkan jam pintar dilihat telah menghentikan pembangunan produk tersebut, dan pasukan ini dilaporkan akan dipindahkan ke pasukan pembangunan teknologi realiti terimbuh (augmented reality) untuk dunia metaverse mereka.

Ia juga dilaporkan bahawa 54 peratus daripada mereka yang dipecat adalah dalam bahagian pembangunan perniagaan, manakala yang lain adalah terdiri daripada pelbagai jawatan teknikal, termasuklah pembangun perkhidmatan dan juga pengaturcara.

Meta telah memperlihatkan kerugian yang cukup besar sejak mengumumkan fokus mereka terhadap dunia maya Metaverse mereka. Walaupun begitu, mereka dijangka akan terus kekal dengan projek ini, khususnya dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan peranti yang diperkenalkan untuk dunia tersebut.

komen


© Amanz / 2023 Kami