Razer Wolverine V2 Pro Adalah Alat Kawalan Premium Untuk PS5 Berharga Lebih RM1000

Diterbitkan pada Nov 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer menawarkan pelbagai variasi produk untuk permainan video, daripada untuk PC, konsol atau juga peranti mudah alih. Terkini, Razer telah melancarkan Wolverine V2 Pro iaitu alat kawalan untuk PlayStation 5.

Razer Wolverine V2 Pro adalah alat kawalan permainan yang menggunakan sambungan HyperSpeed untuk sela masa yang amat rendah. Ia juga hadir dengan suis butang tersendiri Mecha-Tactile yang memberi pengalaman menekan yang lebih sedap, pendek dan pantas. Suis ini menjamin ketahanan sehingga tiga juta tekan. HyperTrigger pula adalah butang bahu dan butang tambahan yang mempunyai tekanan terkawal, tekan penuh atau tekan pantas untuk kawalan pelbagai jenis permainan video.

Butang pada hadapan untuk arah, menggunakan D-Pad lapan arah yang menjanjikan kawalan lebih tepat atau turut sesuai untuk butang kombo melakukan aksi istimewa. Seperti alat kawalan Sony PlayStation DualSense Edge, kayu analog turut boleh ditukar memberi kebebasan kepada pemain. Empat butang bahu dan dua butang tambahan turut boleh diubahsuai untuk kawalan.

Pengguna boleh menggunakan Razer Controller App untuk mengubah segala butang dan kawalan serta mengawal lampu RGB Razer Chroma yang terbina. Jika Wolverine V2 sebelum ini adalah untuk Xbox, Wolverine V2 Pro khusus untuk PS5 dan PC sahaja.

Harga jualan adalah RM1,249, tetapi Razer masih belum mengumumkan bila ia akan dijual. Di pasaran luar, jualan adalah pada 31 Disember, sementara Sony DualSense Edge akan dijual bermula 26 Januari 2023 nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami