Cari @ Amanz

Touch n Go eWallet hari ini mengumumkan mereka akan memperkenalkan kad debit yang dipautkan ke dompet digital pada bulan hadapan, Disember 2022.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan baki pada dompet digital pada mana-mana pekedai di seluruh dunia yang menerima kad debit sebagai mod pembayaran. Selain baki pada dompet digital, kad prabayar ini juga akan membolehkan para pengguna menggunakan baki dari Go+ untuk tujuan pembayaran.

Disamping untuk pembayaran, ia juga akan membolehkan pengguna mengeluarkan wang tunai melalui ATM menggunakan kad tersebut, dimana pengeluaran menggunakan kad Visa disokong.

TNG Visa

TNG sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak Visa sebelum ini untuk penawaran kad prabayar Visa ini, dan akhirnya perkara ini akan dilaksanakan pada Disember 2022 ini.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasminya pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd