Carian
Moto Watch 70 Adalah Penjejak Kesihatan Asas – Tiada Wear OS, Harga Sekitar RM340
November 15, 2022 Fahim Zahar

Beberapa tahun lepas, eBuyNow telah mengambil-alih penggunaan nama Moto untuk produk peranti boleh pakai. Mereka kemudiannya diambil-alih oleh CE Brands dan telah mengembalikan jam Moto 360 dan menawarkan beberapa jam tangan pintar asas sebagai penjejak kesihatan dengan sistem operasi tersendiri.

Baru-baru ini laman Best Buy telah menyenaraikan produk baharu Moto Watch 70, iaitu penjejak kesihatan asas yang memfokuskan kepada gaya hidup.

Moto Watch 70 menggunakan skrin 1.69-inci, tubuh dengan bahan binaan aloi zink. mempunyai perlindungan IP67, boleh mengimbas nadi, membaca data SpO2, menyokong GPS, menawarkan 23 mod sukan, dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 hari. Jam ini menjalankan sistem operasi tersendiri dan bukannya Wear OS.

Best Buy menyenaraikan harga jualan jam ini pada $99 CAD iaitu sekitar RM341.

Komen