Carian
Ini Ialah 15 Pengeluar Yang Terawal Menggunakan Cip Snapdragon 8 Gen 2
November 16, 2022 Effi Saharudin

Cip Snapdragon 8 Gen 2 telah dilancarkan secara rasmi pagi ini dengan ia menggunakan konifgurasi baharu 1+4+3 yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Qualcomm menjanjikan peningkatan prestasi CPU sehingga 35% dan GPU pula sehingga 25%. Di acara Snapdragon Summit, Qualcomm mengumumkan 15 syarikat pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini.

Snapdragon 8 Gen 2 akan mula digunakan pada peranti yang akan dikeluarkan seawal Disember in. Setakat ini ASUS Republic of Gamers, Honor, iQoo, Motorola, Nubia, OnePlus, Oppo, Redmagic, Redmi, SHARP, Sony Corporation, Vivo, Xiaomi, Xingji/Meizu, dan ZTE adalah pengeluar-pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini pada peranti pintar mereka.

Walaupun Samsung tidak tersenarai, mereka telahpun disahkan akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 sepenuhnya pada siri Galaxy S23 yang akan dilancarkan awal tahun hadapan.

Komen