iQOO Mengacah Kemasukkan Ke Pasaran Malaysia Dengan iQOO 11 5G

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teka teki mengenai model telefon pintar iQOO yang mungkin ditawarkan di Malaysia seakan terjawab menerusi kemaskini baharu di Facebook rasmi. Ia menunjukkan pengenalan untuk telefon pintar baharu iQOO 11 5G, tetapi tiada tarikh pelancaran rasmi khusus yang didedahkan setakat ini. Ia bagaimanapun semestinya akan diumumkan dalam masa terdekat dan kemaskini lebih lanjut akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.

Kalau diikutkan, iQOO 11 5G belum lagi dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini. Bagaimanapun spesifikasinya pernah tertiris sebelum ini dengan Snapdragon 8 Gen2 dan skrin 144Hz. Bukan itu sahaja, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sistem pengecasan pantas berwayar 120W turut disertakan pada telefon pintar. Bagi melihat sejauh mana jangkaan awal ini, nantikan perkembangan lebih lanjut dari semasa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami