Pengenalan Realme C30s Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi

Diterbitkan pada Nov 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi telefon pintar baharu Realme bakal diumumkan di Malaysia. Model yang dimaksudkan adalah Realme C30s dan pengenalannya dijadualkan berlangsung pada 21 November ini. Maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan sudah semestinya turut akan dikongsi pada hari yang sama. Kemaskini selanjutnya akan kami kongsikan di masa akan datang.

Kalau diikutkan, Realme C30s adalah sebuah telefon pintar kelas asas. Ia juga telah dilancarkan di India terlebih dahulu. Sekiranya ini adalah variasi yang sama, maka telefon pintar ini akan menggunakan skrin LCD 6.5-inci, dijana cip Unisoc SC9863A, kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP dan bateri 5000mAh yang menyokong port sambungan Mikro-USB.

komen


© Amanz / 2022 Kami