Cari @ Amanz

Model kemas kini untuk telefon pintar mercu daripada Vivo telah disahkan tiba pada 22 November 2022. Seperti sebelumnya, terdapat sekurang-kurangnya tiga variasi berbeza bakal diumumkan yang merangkumi Vivo X90, X90 Pro dan X90 Pro+.

Perkongsian baharu mendedahkan siri Vivo X90 akan dikuasakan oleh cip Dimensity 9200, sementara itu Snapdragon 8 Gen 2 pula bakal digunakan pada variasi pro+. Turut didedahkan adalah skor penanda aras Antutu untuk Dimensity 9200 yang memperlihatkan kutipan sekitar 1.28 juta mata.

Selain itu, telefon pintar ini juga disahkan lengkap dengan sensor 50MP Sony IMX758. Selain turut sama disertakan dengan dua kanta potret bebas dengan kebolehan tangkapan gambar potret yang dinaiktaraf. Cip ISP generasi baharu V2 dan kamera ZEISS juga akan digunakan dengan peningkatan kemampuan fotografi.

Kesemua ini adalah antara inisiatif daripada Vivo dalam usaha meningkatkan pengalaman sistem pengimejan mudah alih ke tahap seterusnya. Sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat apakah kejutan yang telah disediakan oleh Vivo buat pengguna setianya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd