Langgan Twitter Blue Akan Dikembalikan Semula Pada 29 November

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Langganan Twitter Blue dihentikan secara mengejut selepas puluhan akaun palsu selebriti, ahli politik, jenama dan Elon Musk sendiri membanjiri laman. Ia menyebabkan beberapa syarikat besar mengalami kejatuhan saham kerana impak ciapan palsu yang dihantar. Selepas beberapa minggu ditangguh, Elon Musk mengumumkan Twitter Blue akan ditawarkan semula bermula 29 November.

Menurut Musk, Twitter Blue kali ini adalah lebih baik berbanding versi terdahulu. Tidak diketahui apakah yang dimaksudkan sebagai lebih baik oleh beliau. Syarikat kehilangan semakin banyak kakitangan dengan eksekutif di jawatan tinggi meletakkan jawatan secara mengejut. Keselamatan data pengguna juga tidak diketahui sekarang.

Tindakan Musk yang kerap bertukar pendapat dan polisi tidak membantu dengan muncul laporan kakitangan yang mengkritik beliau turut dipecat serta mereta dan beliau turut mengumumkan kakitangan yang enggan bekerja lebih masa disarankan meletakkan jawatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami