Laman Web iCloud Baharu Kini Dilancarkan

Diterbitkan pada Nov 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas, Apple menguji rekaan antaramuka baharu untuk laman web iCloud. Ia memaparkan aplikasi-aplikasi web perkhidmatan Apple dalam bentuk widget hidup, membolehkan pengguna kustomasi paparan mengikut citarasa dengan kesan bergoyang seakan pada iOS dan banyak lagi.

Kini, laman iCloud dengan rekaan baharu ini telah stabil dan keluar daripada ujian beta. Pengguna boleh melihat ciri iCloud+, menyemak baki storan awan, mengakses Hide My Email,  menguruskan langganan atau juga melakukan pemulihan data. Aplikasi web seperti Photos, Calendar, Mail juga lebih mudah untuk diakses dan lebih sedap mata memandang.

Apa yang diubah pada laman web ini turut akan diselarikan pada peranti Apple pengguna. Kemampuan mencipta dokumen baharu, nota baharu atau menambah peringatan turut disertakan. Untuk mengakses laman web ini, anda boleh tekan pautan di bawah;

komen


© Amanz / 2022 Kami