Apple Akan Menawarkan Langganan Pas Bermusim MLS Bermula 1 Februari 2023 Nanti
Fahim Zahar
Beberapa bulan lalu, Apple mengumumkan yang mereka akan menyiarkan secara terus perlawanan Major League Soccer (MLS) melalui Apple TV+ selama 10 tahun. Melalui kerjasama ini, peminat bola boleh strim perlawanan MLS seperti Leagues Cup atau juga kandungan MLS NEXT Pro dan MLS NEXT yang terpilih.
Terkini, Apple mengumumkan yang mereka akan mula menawarkan Pas Bermusim MLS pada 1 Februari 2023 nanti. Ia adalah satu pakej langganan untuk membenarkan peminat MLS mengakses perlawanan siaran langsung, pusingan kalah mati, dan Leagues Cup 1.

Kesemua 29 kelab turut akan mempunyai logo Apple TV pada jersi masing-masing. Semua akses ini boleh dilakukan pada aplikasi Apple TV di TV pintar, konsol, dongel atau juga laman web Apple TV. Harga langganan hanya akan diumumkan nanti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.