Cari @ Amanz

Qualcomm pada minggu ini telah pun memperkenalkan cip pemprosesan mercu terbaru mereka, iaitu Snapdragon 8 Gen 2. Cip ini bakal menguasai sejumlah telefon pintar mercu dan berkuasa tinggi pada tahun 2023 kelak.

Walaupun begitu, namun melalui ujian penanda-aras yang dilakukan, ia dilihat cip ini telah pun sedia tewas dengan cip Apple A16 Bionic yang ditawarkan melalui iPhone 14 Pro.

Ujian penanda aras memperlihatkan cip baharu Qualcomm berkenaan lebih berkuasa dan pantas, tetapi masih tidak berjaya menewaskan cip Apple. Secara kasar, ia dilihat prestasinya masih dibelakang sekitar 25% berbanding cip Apple.

Walaubagaimanapun, ia dilihat Apple menerajui dari segi prestasi, tetapi dari segi faktor lain seperti sambungan rangkaian dan ciri-ciri lain, Snapdragon dilihat menerajui pasaran.

Mungkinkah kita akan melihat Qualcomm berjaya menewaskan Apple dari segi prestasi cip pada tahun hadapan melalui penggunaan teknologi baharu mereka kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd