Carian
Elizabeth Holmes Dijatuhkan Penjara Hampir 12 Tahun Kerana Skandal Theranos
November 19, 2022 Effi Saharudin

Skandal penipuan syarikat bioperubatan semakin hampir ke penghujun hari ini selepas pengasas dan juga CEO syarikat Elizabeth Holmes dijatuhkan hukuman penjara 135 bulan. Hukuman lebih 11 tahun ini dikenakan kerana beliau didapati bersalah menipu pelabur Theranos.

Semasa ditubuhkan, Holmes mengatakan teknologi Theranos mampu mengesan pelbagai jenis pesakit dan melihat tahap kesihatan seseorang individu hanya dengan mengambil setitik darah. Kerana teknologi ini dilihat mampu mengubah dunia perubatan, pada suatu ketika Theranos mempunyai nilai $9 bilion.

Tetapi teknologi pengesanan dengan hanya setitik darah Theranos tidak mampu dihasilkan sehingga syarikat memberikan keputusan ujian yang tidak tepat. Lebih kritikal terdapat laporan pesakit tidak dapat mengesan penyakit yang sepatutnya disaring sehingga terlewat. Walaupun didapati bersalah menipu pelabur, Theranos dan Holmes tidak pernah didapati bersalah menipu pelanggan.

Komen