Carian
Donald Trump Enggan Kembali Ke Twitter Walaupun Akaun Tidak Lagi Digantung
November 21, 2022 Effi Saharudin

Akaun Twitter milik Donald Trump tidak lagi digantung selepas Elon Musk mengembalikannya semula. Keputusan penarikan penggantungan dilakukan oleh Musk selepas melakukan undian menerusi akaun beliau. Sungguhpun begitu sehari selepas akaun tidak lagi digantung, Trump masih belum menghantar sebarang ciapan baharu.

Menerusi akaun Truth Social beliau pula, Trump berkata beliau tidak akan kembali ke Twitter kerana mendakwa platform media sosial tersebut kini mempunyai pelbagai masalah. Tambah Trump lagi Truth Social ialah platform yang lebih baik untuk beliau dan pengguna lain pada waktu ini. Selepas mengambil alih Twitter, Musk melakukan banyak perubahan besar yang tidak kesemuanya mendapat reaksi positif dari pengguna.

Langkah drastik yang diambil seperti memecat kakitangan secara pukal dan mengaktifkan calitan pengesahan identiti kepada pelanggan Twitter Blue juga mendatangkan masalah besar sehingga ia kini dihentikan seketika.

Komen