Carian
Sony-Honda Mungkin Mengintegrasikan Platform PlayStation 5 Dalam Kereta Elektrik Mereka
November 21, 2022 Aman

Sony dan Honda sedia mengumumkan kerjasama dalam pembangunan kereta elektrik mereka, dan ingin menjual kereta elektrik pertama seawal 2026 kelak.

Kereta elektrik tersebut dijangka akan turut mengintegrasikan sejumlah kandungan yang dimiliki oleh Sony ke dalamnya, termasuk muzik, filem dan juga sokongan PlayStation 5 sendiri. Ini akan memberikan kelebihan kepada Sony-Honda dalam bersaing bersama pelbagai pengeluar lain, termasuk Tesla.

Bercakap lanjut mengenainya melalui Financial Times, ia dikatakan mengintegrasikan platform PlayStation 5 kedalam kereta adalah boleh dilakukan secara teknologi. Malah, penyedia lain tidak berupaya menawarkan khidmat kandungan menyeluruh seperti mereka.

PlayStation 5

Dengan langkah ini, ia akan membezakan penawaran kereta Sony-Honda berbanding pelbagai penyedia kenderaan yang lain di pasaran.

Komen