Kerana TikTok Pesanan Fujifilm X100V Ditutup Sementara Selepas Permintaan Naik Mendadak

Diterbitkan pada Nov 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fujifilm mengumumkan mereka kini menutup pesanan untuk kamera digital Fujifilm X100V kerana permintaan yang terlalu tinggi. Mereka tidak mampu memenuhi pesanan yang telah diterima setakat ini. Kamera ini dilancarkan dua tahun yang lalu tetapi akhir-akhir ini mula menerima perhatian peminat fotografi selepas video mengenainya tular di TikTok.

Fujifilm X100V ini hadir dengan sensor X-Trans CMOS 4 bersaiz 26MP, cip pemprosesan imej X-Processor 4 dan mempunyai lensa tetap 23mm yang mempunyai apertur F2.

Dari segi rekaan, Fujifilm mengatakan bahawa kamera X100V ini lebih tahan lasak berbanding dengan model-model lama, dan beberapa perubahan telah dibuat untuk memastikan bahawa ciri-ciri kamera ini lebih mudah diakses oleh pengguna.

Selain daripada mengambil gambar beresolusi tinggi, kamera Fujifilm X100V ini juga mampu mengambil video pada resolusi 4K 30FPS, dan untuk mereka yang sering mengambil gambar dalam format RAW, jenis fail gambar di dalam kamera ini boleh disunting terus menggunakan perisian Adobe Lightroom tanpa perlu mengubahsuai jenis fail.

komen


© Amanz / 2022 Kami