Bekas CEO Waze Melancarkan “Post.” – Pesaing Twitter Yang Lebih Beradab?

Diterbitkan pada Nov 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter kini sedang ada banyak isu sejak dikendalikan oleh Elon Musk. Ramai dilihat tidak setuju dengan cara Elon Musk, sehingga ramai pekerja dibuang kerja dan berhenti dengan secara rela. Tidak dinafikan ada banyak alternatif yang anda boleh baca di pautan bawah;

Terkini, bekas CEO Waze iaitu Noam BardinĀ telah melancarkan platform media sosial seakan Twitter baharu yang digelar “Post.“.

Post. dikatakan adalah media sosial yang membolehkan pengguna berdebat dengan cara sivil, belajar daripada pakar, mendapatkan berita sebenar tanpa ada berita palsu dan juga bebas daripada bot. Ia juga berhasrat menjadi platform media sosial yang lebih beradab.

Ciri seperti komen, suka, kongsi setiap siaran turut akan disokong termasuk dengan berkongsi teks yang panjang seperti artikel. Post turut ingin membantu para penulis, wartawan dan syarikat berita/media menjana pendapatan dengan membenarkan pengguna memberi tip. Selain itu, pengguna turut boleh membeli artikel daripada penerbit berita premium, dan boleh mengakses pelbagai perspektif yang berbeza pendapat.

Antaramuka dilihat mirip Twitter, tetapi menjanjikan lebih kemas dan mudah digunakan termasuk tidak perlu pergi ke laman web lain dan boleh terus baca dalam platform sama. Paling menarik adalah, Post menggunakan sistem sama seperti Waze iaitu dengan bantuan komuniti untuk memantau segala siaran yang dilakukan oleh pengguna.

Buat masa ini, Post masih lagi di peringkat awal dan anda hanya boleh mendaftar minat. Ciri carian, siaran peribadi, kemampuan mengikuti pengguna lain semuanya baru sahaja diperkenalkan. Setakat artikel ini ditulis sudah ada 124,453 yang mendaftar menunggu giliran untuk mendapatkan akses. Klik pautan di bawah untuk mendaftar Post.

komen


© Amanz / 2022 Kami