TikTok Mengatakan Mereka Aktif Membuang Kandungan Yang Melanggar Garis Panduan Komuniti

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejumlah video melibatkan perkauman disebabkan politik telah dimuat-naik di TikTok sejak semalam, malah turut menyentuh berkenaan dengan peristiwa 13 Mei. Selari dengannya, pihak berkuasa tempatan termasuk SKMM telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukannya.

Pada masa yang sama, ia turut membawa kepada persoalan kenapa TikTok tidak membuang kandungan sebegitu secara automatik.

Menjawab mengenainya, TikTok mengatakan mereka pantas membuang video yang melanggar Garis Panduan Komuniti mereka, dan giat membuang video-video yang berbentuk ucapan kebencian atau ekstremisme ganas.

Orang ramai turut diminta untuk melaporkan kandungan berbahaya terus melalui fungsi terbina pada aplikasi berkenaan.

SKMM juga sebelum ini mengingatkan orang ramai supaya tidak membangkitkan sentiman kebencian dan provokasi pada media sosial.

komen


© Amanz / 2022 Kami