Oppo Find N dilancarkan tahun lalu tetapi ia tidak pernah ditawarkan ke pasaran global kerana pada waktu tersebut terdapat isu rantaian bekalan global. Dengan dunia kini semakin pulih daripada pandemik, Oppo Find N2 dan Oppo Find N2 Flip kini dipercayai akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Ini adalah menurut laporan dari Digital Chat Station yang mengatakan dua peranti skrin boleh-lipat ini akan diumumkan ketika acara Oppo Inno Day 2022. Oppo Find N2 dipercayai akan mengekalkan rekaan Find N yang mempunyai skrin lipat yang besar di bahagian dalam. Ia akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, cip MariSilicon X, skrin dalaman 7.1″ 120Hz, memori 12GB RAM, storan 256GB, sistem kamera utama 50+48+32MP dan bateri 4520 mAh.
Sementara itu Find N2 pula dilengkapi skrin boleh-lipat 6.8″ OLED, skrin sekunder 3.26″, pemproses Dimensity 9000, kamera utama 50+8MP dan bateri 4300 mAh. Mungkin kali ini kedua-dua peranti akan ditawarkan di pasaran global. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum acara berlangsung dan maklumat lebih lanjut mengenai peranti pasti akan diketahui kelak.