Cari @ Amanz

Hari ini, Honor di China telah melancarkan peranti dengan skrin boleh-lipat generasi kedua mereka iaitu Honor Magic Vs. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, menggunakan rekaan lebih nipis, sistem engsel lebih baik, bateri lebih besar iaitu 5000mAh dan menggunakan sistem kamera 54+50+8 Megapixel.

Di China peranti ini menjalankan sistem operasi MagicOS 7.0 berasaskan Android 13. Ia ditawarkan dengan tiga variasi iaitu 8/256 GB, 12/256 GB, 12/512 GB dan atau Prestige Edition dengan sokongan stilus dengan memori 16/512 GB. Harga jualan adalah bermula sekitar RM4,798 dan mencapai sehingga sekitar RM6,967.

Wakil Honor Malaysia memberitahu kami yang mereka yakin 99% peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia. Berbeza dengan Honor Magic V yang dikhususkan untuk pasaran China, Magic Vs akan hadir dengan variasi global. Walau bagaimanapun, versi global ini hanya akan tiba tahun 2023 nanti.

Tambahan Honor lagi, Honor mungkin akan mengadakan acara khas untuk pelancaran Magic Vs versi global sekitar selepas acara MWC Barcelona 2023 nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd