Cari @ Amanz

Siri Realme 10 telah disahkan hadir ke Malaysia dan kini tarikh pelancaran rasminya telah dikongsi secara terbuka. Melaluinya, ia dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu akan datang iaitu 8 Disember 2022. Penggunaan perkataan series juga jelas menunjukkan terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal diumumkan.

Salah satu daripadanya adalah Realme 10 Pro+ yang sedia diacah menerusi beberapa perkongsian di Facebook rasmi. Maklumat yang didedahkan agak terhad buat masa ini, di mana ia sekadar memperlihatkan rekaan skrin melengkung pada panel hadapan. Tiada pula maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang diketahui.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat sama ada ia mempunyai persamaan dengan variasi di China sebelum ini atau sebaliknya. Kami di Amanz juga akan berkongsi kemaskini menerusi artikel yang akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd