Cari @ Amanz

Google sedang memfokuskan penggunaan RCS sebagai alternatif kepada SMS yang dikatakan sudah kuno dan tidak selamat. RCS juga adalah alternatif kepada iMessage untuk pengguna Android. Untuk memudahkan pengguna Android berinteraksi dengan pengguna iPhone yang menggunakan iMessage, sokongan reaksi turut disediakan – di mana reaksi yang dihantar melalui iMessage akan dipaparkan pada Google Messages atau sebaliknya.

Tetapi pada Google Messages, penggunaan reaksi adalah terhad dengan tujuh emoji sahaja. Kini, Google dilihat sedang menguji kemampuan di mana pengguna bebas memilih apa jua emoji yang ingin digunakan. Akan ada ikon emoji dengan simbol “+” dan pelbagai emoji akan dipaparkan.

Ciri ini adalah seperti yang diperkenalkan pada WhatsApp atau Telegram. Buat masa ini ciri ini masih terhad kepada pengguna terpilih dan pengguna beta. Mungkin diedarkan daripada bahagian pelayan dan mungkin akan diedarkan secara lebih meluas akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd